Thursday, March 17, 2011

...DAN PEMENANG KELAS PALING CERIA MINGGU INI IALAH....

Salam 1 Johannian  1 Hati,

    Tajuk hari ini ialah tentang "KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS"  Tajuk tak menarik kan??? Tapi suka atau tidak, pengawas bertugas akan mengumumkan kelas-kelas yang memenangi piala "Kelas Paling Ceria dan Kelas Paling Bersih" setiap minggu.Bagi kelas yang menang, tahniah diucapkan kerana telah berjaya menjaga kelas agar "tip-top" kebersihannya tapi bagi kelas-kelas yang lain, anda semua masih belum terlambat untuk memenangi pertandingan tersebut. Oleh itu, adalah diharapkan anda semua bergabung tenaga dalam usaha untuk  menceriakan kelas masing2 kerana setiap minggu guru bertugas akan mengulas tentang kebersihan kelas yang harus dipertingkatkan setiap masa.
   Ingin saya ulaskan di sini bahawa menjaga kebersihan dan keceriaan kelas bukanlah untuk memenangi pertandingan sahaja, tapi adalah lebih kepada nilai-nilai murni yang dipertanggungjawabkan kepada seseorang pelajar. Bukankah kita semua harus menjadi seorang yang bersih??? Inginkah anda semua berada di sesebuah kelas dan belajar bersama-sama longgokan sampah di belakang kelas dan bakul sampuh dipenuhi dengan cebisan-cebisan     " cewing gum " dan juga " tin minuman berkarbonat"?
    Wahai Johannian semua, jagalah kebersihan kelas masing-masing kerana kebersihan adalah lambang kesucian jasmani dan rohani. Oleh itu, menjaga kebersihan kelas adalah imej yang dapat ditonjolkan sebagai seorang Johannian yang gemilang dan terbilang. Kikislah sikap2 negatif seperti membuang sampah merata-rata dan mengunyah chewing gum dan melekatkannya di bawah meja dan kerusi...!!!
    Di sini, saya sempat mengambil gambar kelas2 yang telah menyahut seruan untuk menceriakan kelas masing2. Untuk kelas2 yang belum sempat menghias kelas2 mereka, lihatlah gambar2 ini dan cubalah menceriakan kelas anda dengan mengambil contoh2 daripada kelas-kelas yang pernah memenangi pertandingan Keceriaan dan Kebersihan Kelas SJI 2011....







UPPER 6 SCIENCE 4



FORM 5 T





FORM 5 S



FORM 4 S




FORM 5N 
EH..MACAM TAHUNLEPAS PUNYA JER...RECYCLE YA..!!!


FORM 5 O





FORM 5 T


TO ALL JOHANNIANS.
KEEP OUR CLASS CLEAN. DO NOT LITTER

ONE JOHANNIAN, ONE HEART
FIDE ET LABORE

7 comments:

  1. Md.Khairul Anuar...bila dah dewasa nanti, poket dah penuh dan nak cari isteri..nak cari isteri yang pengotor atau yang BERSIH???? Oleh itu..bermulalah dari menghias dan mebersihkan kelas anda Ting. 5N..insyaallah akan dapat isteri yang bersih ROHANI DAN JASMANINYA...AMIN..!!!

    ReplyDelete
  2. hehe . terima kasih atas nasihat yang berguna . insyaallah suatu hari 5N akan merangkul gelaran kelas paling bersih mengalahkan 5T . hehe

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. JAGAN HARAP KAMI 5 T AKAN MEMPERTAHANKAN TAKHTA KECERIAAN KELAS SJI 2011 :D

    ReplyDelete
  5. KALAU SETUJU ANGKAT TANGAN MACAM SAYA ( SAMBIL GOYANGKAN TANGAN) ..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...