Pages

Saturday, February 26, 2011

Mampukah St. John Kembali Menjadi No.1?

Berita pertukaran Dr. Puvanendran ke SMK Taman Yarl dan Puan Najibah ke SMK Puteri Titiwangsa adalah antara senarai kehilangan pendidik "old timers" yang dialami oleh St. John kebelakangan ini. Dalam masa lima tahun yang lampau, ramai juga guru-guru yang telah tamat perkhidmatan mereka di St. John sama ada kerana berpindah ataupun bersara. Melangkah masuk ke St. John sekarang, nama-nama seperti Encik L.D.V. Fernandez, Encik Peter Yii, Puan Norlaila Lambak, Encik Roslan Abu, Puan Cheng Kok Chin, Datin Mahniyah, Puan Saidah, Encik Rajan, Puan Norbani dan lain-lain telah menjadi kenangan lampau seperti gambar-gambar Brothers di koridor Tingkatan Tiga. Ramai warga pendidik telah meninggalkan kita, membawa semangat dan tradisi Johannian bersama-sama mereka. Hal ini telah membawa kepada perkembangan satu ancaman kepada St. John, iaitu semangat Johannian semakin tergugat, terhakis, memudar dan terancam.

Dari pandangan saya, keadaan di SMK St. John ketika saya mula masuk pada tahun 2005 dan St. John pada hari ini bagaikan langit dengan bumi. Suasana seperti berada di rumah yang saya dapat rasa ketika berada di bangku sekolah semakin hambar dan menghilang, sebaliknya melahirkan satu perasaan yang cukup asing, seolah-olah St. John telah menjadi seperti sekolah-sekolah yang lain. Ke manakah semangat itu telah hilang? Pemergian guru-guru hanyalah salah satu faktor penyumbang, persoalannya ialah apakah pelajar-pelajar St. John sekarang menghayati semangat Johannian atau sekadar menyatakannya tanpa mengetahui maksudnya seperti tin kosong?
"Wake up, Johannians!" Itulah kata-kata mantan pengetua, Encik Leong Kum Loy pada sambutan hari jadi sekolah, 18 Januari 2011. Johannian sendiri perlu menyemai semangat cinta akan St. John terlebih dahulu. Tiada gunanya jika guru-guru bertazkirah tentang semangat Johannian jika pelajar tidak menghayatinya. Apabila semangat Johannian itu telah bertapak dalam diri pelajar, guru-guru perlulah menyemarakkannya supaya cinta dan kasih mereka kepada sekolah akan berkobar-kobar. Apabila gandingan guru-pelajar untuk memartabatkan semangat Johannian menjadi, maka kedua-dua entiti ini akan bekerjasama untuk membawa St. John kembali ke era kegemilangannya. Saya percaya, saya yakin, dan saya amat pasti inilah cara yang paling berkesan untuk mencapai matlamat ini.

Oleh itu, para Johannian yang saya kasihi, Bangunlah! Bangunlah anda daripada tidur yang lena. Bangunlah dan kecapi nikmat kegemilangan bukan sahaja untuk diri anda sendiri, tetapi untuk St. John. Banggakanlah institusi kita yang telah banyak menempa kejayaan pada masa lampau dengan lebih banyak kejayaan. Jangan harapkan golongan tertentu untuk mencipta kejayaan bagi pihak anda untuk St. John. Adalah menjadi tugas setiap seorang daripada kita, senior or junior, current or former, teacher or student, admin or employees to MOVE FORWARD. The time is NOW and the place is HERE in St. John and the direction is SUCCESS, SUCCESS and SUCCESS ALL THE WAY. Johannians, we can and we will do it! Fide et Labore!

4 comments:

  1. Markus, sperti biasa, apabila saya selesai membaca artikel awak di atas, saya seolah-olah merasakan semangat cintakan sekolah kita begitu mengalir di urat saraf saya. Saya tak tahulah sama ada semangat ini ada pada guru2 lain atau tidak tapi sayang saya pada sekolah ini adalah suci dan ikhlas dan saya juga seperti awak ingin melihat guru-guru baru dan murid-murid dapat merasakan apa yang kita berdua rasa terhadap sekolah yang amat saya banggakan ini...
    Sekolah kita ini bukanlah sekolah biasa tapi sekolah yang pernah menempa kegemilangan yang ketara. Saya cuba melakukan yang termampu oleh untuk menyedarkan segelintir Johannian yang ada sedikit Johannian spirit dalam diri mereka...
    Saya rasa mengadakan "Family Day" boleh sikit sebanyak membantu dalam menyemai bibit2 cinta terhdp sekolah. Pelajar juga perlu diberi peluang untuk mengadakan " Talentime" dengan menjemput sekolah2 lain utk menyertainya atau apa juga aktiviti yang dapat membiakkan dan menyemai perasaan tersebut...Tapi apa yang saya lihat sekarang tumpuan lebih diberikan kepada akademik..akademik...periksa...periksa....hinggatiada ruang untuk pelajar menikmati keseronokan menjadi seorang pelajar SJI...!!

    ReplyDelete
  2. nothing is imposible... selagi kita sayangkn sekolah kita.. kita akan jadikannya no 1...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Charles Sabastian : Saya setuju dengan greenblood, nothing is imposibble.
    i also fully support cikgu ruby whereby by having family day like those days it really moved our beloved school SJI to well known level and it also have gathered the relationship between teachers and student gap more deep and it can indirectly motivate our students to interact freely with teachers where the studies are concerns, Teachers are doing their part but students also need to put their effort to make it no 1. Hope the current guru Besar or the Head of SJI to reshuffle their plan as study study, exam exam to different perspective so that our beloved SJI can put its name on high as the eagles fly
    No matter how many years has gone since i left my SJI but my thoughts are still remain unforgettable, cos i was not only attend the school for study sake but also as my home due to the relationship with school was my home and teachers was like my parents.

    ReplyDelete