Thursday, March 29, 2012

SJINCB LIFE TIME SUPPORTERS & PARENTS SUPPORT GROUP

THEY ARE ALWAYS THERE TO SHARE THE SAD AND HAPPY MOMENTS OF SJINCB 

LIFE TIME SUPPORTERS 
PARENTS SUPPORT GROUP


Hi.. Salam 1JOHANNIAN...saya Cikgu Ruby... salah seorang cikgu yang paling lama berkhidmat di SJI (1987 - 2012)... hahahaha...lama kan? Tujuan saya menulis bukanlah untuk mempromosi diri saya, atau menceritakan tentang hal ehwal peribadi saya tapi saya ingin mennyatakan sedikit sebanyak pengalaman saya sebagai seorang guru di sekolah yang berprestij ini. Terus terang saya katakan bahawa sejak saya mula2 menjejakkan kaki di sekolah ini(1987), saya memang amat kagum  dan tertarik dengan kesegakan pasukan pancaragam SJI.. wah kali pertama lihat mereka.. saya rasa ke"auraan" mereka, segak, tampan dan berkarisma.. itu pada tahun 1987....Tapi percaya atau tidak.. pada tahun 2012 ini, perasaan saya masih tidak berubah...saya masih mengagumi pasukan pancaragam SJI ini.. dan saya masih merasakan ke"auraannya".. mereka semua masih lagi segak, tampan dan bergaya..!!! Pasukan SJINCB masih lagi kekal dengan "AURA"  mereka...Fuyooo..!!


Walau apa pun pandangan orang lain terhadap pasukan pancaragam SJI ini , saya tetap dengan pandangan saya sendiri - menghormati dan "tabik" kepada  ahli-ahli pasukan pancaragam ini.. kegigihan mereka amat luar biasa sekali. komitmen mereka bukan calang-calang , seluruh keringat mereka yang jatuh di bumi SJI sungguh-sungguh berbaloi..!! Tekad untuk menaikkan nama sekolah perlu disanjung tinggi dan tidak perlu dipertikaikan...!! Saya amat bangga dengan mereka.. dari dahulu hingga sekarang kerana  kesungguhan mereka untuk mencapai taraf terbilang dan cemerlang tidak perlu diragui. 

Hormat tabik saya terhadap kumpulan ini bukan sahaja terhad kepada ahli2nya sahaja, tetapi juga kepada pihak yang menyokong mereka - Old Boys, old girls, ibu2 bapa2, individu2 dan guru-guru - mereka semua akan memberi sokongan yang tidak berbelah bagi  kepada mereka. Sokongan mereka bukan setakat melaungkan sorakan memberi "moral support" tetapi  sokongan mereka melibatkan "material" juga, berhabisanwang ringgit dengan rela hati untuk memastikan pasukan pancaragam dapat melangkah dengan bangga sebagai Johannian yang cemerlang. Langkah bak perwira yang berjuang untuk mempertahankan nama baik sekolah yang disanjungi..!!


Lihatlah dari gambar ini, Parents Support Group ini akan bersama anak2 mereka  ke mana sahaja untuk memberi sokongan . Ibu bapa serta keluarga ini saya rasakan adalah lebih JOHANNIAN  dari seorang Johannian yang hanya tahu pergi dan balik sekolah sahaja. Tanpa mengira penat lelah dan juga tidak pernah mengenal erti jemu, "parents" ini "setia" berada di perkarangan sekolah untuk memastikan kumpulan pancargam ini terjaga kebajikan mereka. 









































ALLY ISKANDAR FROM TV3 












No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...