Friday, August 19, 2011

Brother Lawrence - Anda Tidak Akan Ku Lupakan!


BROTHER LAWRENCE -  ANDA SENTIASA DIINGATI
OLEH
MARCUS  LIM - JOHANNIAN  1999




SEMALAM, 18 Ogos 2011 merupakan ulangtahun kedua pemergian Brother Lawrence Spitzig. Saya berkesempatan untuk melawat pusara mendiang Brother Lawrence di Tanah Perkuburan Kristian Cheras. Hanya tangisan dan perasaan kesal mengiringi kedatangan saya ke lokasi berkenaan.
Saya menangis kerana saya kehilangan seorang mentor yang banyak mencorakkan hidup saya. Saya kesal kerana saya tidak dapat memberikan sesuatu yang bermakna kembali kepada mendiang ketika beliau masih hidup.
Tetapi saya percaya mendiang Brother Lawrence sudah pun diletakkan dalam kalangan mereka yang beriman. Mendiang barangkali sedang melihat kita dari atas. Harapan saya ialah mendiang akan terus memberkati kita, tenaga pendidik SJI untuk terus memberikan yang terbaik kepada sekolah yang kita cintai ini. Inilah satu-satunya sumbangan yang boleh kita berikan sebagai tanda penghargaan kita kepada mendiang.

Pemergian Bro Lawrence tidak bermakna usaha untuk memperkasakan kecemerlangan sekolah berakhir begitu sahaja. Sebaliknya usaha tersebut perlu diperhebat dari semasa ke semasa agar kecemerlangan sekolah ini dapat dinikmati oleh generasi pelajar akan datang.

Kepada Brother Lawrence, anda mungkin sudah tiada bersama dengan kami tetapi apa yang pasti, legasi anda tetap dalam kenangan! Anda tetap dekat dalam hati saya sampai ke akhir hayat! Hingga kita berjumpa lagi di dunia yang lain!




MARKUS LIM - JOHANNIAN Class of 99







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...