Special Ed Students (Blind And Low Vision)



 PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
PELAJAR O K U PENGLIHATAN
SMK ST. JOHN KUALA LUMPUR
1966

Sejarah Awal Program Integrasi Pelajar Masalah Penglihatan 

SEJARAH AWAL PROGRAM INTEGRASI PELAJAR- PELAJAR MASALAH PENGLIHATAN
(BUTA DAN RABUN) SMK.ST. JOHN JALAN BUKIT NANAS KUALA LUMPUR

Pendahuluan
Sebagaimana yang diketahui dan sejarah Pendidikan Awal Tanah Melayu, Sekolah Menengah St.John atau pada awalnya dikenali dengan nama St. John Institution merupakan antara sekolah- sekolah terawal yang telah ditubuhkan di Tanah Melayu iaitu pada 18hb Januari 1904. Sekolah ini dianggap istimewa, bukan sahaja dari segi lokasinya, mahu pun kecantikan bangunan sejarahnya serta nilai estetikanya tetapi ada suatu keunikan yang menjadi kebanggaan warga sekolah ini. Ianya ialah dengan kehadiran pelajar- pelajar masalah penglihatan sama ada yang buta sepenuhnya (total blindness) atau pun yangrabun (low vision) yang telah diberi peluang pelajar bersama- sama dengan pelajar- pelajar yang berpenglihatan normal di dalam kelas yang sama. Hadirnya mereka disini adalah dengan kesedaran pihak Kementerian Pelajaran Malaysia yang begitu prihatin terhadap mereka dengan memeberi peluang kepada mereka belajar seiring dengan pelajar- pelajar biasa melalui satu program isitmewa yang dipanggil PENDIDIKAN INKLUSIF/INTEGRASI.

PENDIDIKAN INKLUSIF bagi murid –murid masalah penglihatan telah dimulakan pada tahun 1962 di Malaysia dan sekali lagi Sekolah Menengah St. John merupakan sekolah YANG TERAWAL menerima pelajar- pelajar masalah penglihatan secara integrasi atau pencantuman. Lebih jelas dikatakan disini bahawa sekolah inilah yang telah mula- mula menerima pelajar- pelajar masalah penglihatan belajar bersama-sama pelajar-pelajar yang berpenglihatan normal. Semuanya ini bermula pada tahun 1966 apabila secara rasminya sekolah St. John mencipta sejarah dalam program Pendidikan Inklusif ini dan sejak tahun itu, program ini telah berjalan dengan lancarnya sehingga ke hari ini iaitu tahun 2010.

Di sepanjang 45 tahun (1966- 2011) program ini telah menempatkan pelajar- pelajar bermasalah penglihatan belajar bersama –sama pelajar –pelajar berpenglihatan normal di Sekolah Menengah St. John telah melihatkan begitu banyak pencapaian dan kejayaan – kejayaan yang mampu dicapai oleh mereka yang kurang bernasib baik ini. Malahan ketika di dalam kelas bersama- sama pelajar – pelajar yang mempunyai pancaindera yang cukup lengkap, kepintaran dan kepandaian mereka adakalanya melebihi dan mengatasi mereka yang normal tersebut.

Dan semenjak keputusan Kementerian Pelajaran membenarkan pelajar- pelajar masalah penglihatan diinklusifkan dengan pelajar- pelajar biasa SM St.John pada tahun 1966, kebanggaan dan kegemilangan menjadi tunggak kecemerlangan sekolah ini. Apa tidaknya SETIAP TAHUN ada sahaja pelajar- pelajar masalah penglihatan SM St. John yang berjaya menjejakkan kaki ke universiti tempatan mahupun universiti luar negeri. Malah kecemerlangan dan prestasi pelajar- pelajar yang tidak mempunyai pancaindera penglihatan ini ada kalanya jauh lebih baik daripada pelajar- pelajar yang dikurniakan penglihatan yang normal.

Tidak sia- sia keputusan Kementerian Pelajaran yang menggalakkan dan memberi peluang kepada pelajar- pelajar buta dan rabun ini belajar seiring dengan pelajar- pelajar biasa melalui program inklusif, integrasi atau juga dinamakan program percantuman kerana ternyata semenjak program ini diwujudkan terutamanya pelajar- pelajar Tingkatan 6, telah menghasilkan graduan- graduan dari Universiti Malaya yang begitu ramai. Malahan mereka yang tidak ke universiti juga berjaya dalam hidup paling tidak pun mereka telah berjaya membina keluarga bahagia.



RENCANA UTAMA

Kongsi kelas demi pelajaran






BUNYI ketikan mesin braille dari kelas tingkatan enam atas sastera dua, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. John, Bukit Nanas, Kuala Lumpur itu dapat didengari di sepanjang koridor aras satu bangunan empat tingkat itu.
Dari kejauhan, terdengar suara seorang guru lelaki sedang mengajar pelajar-pelajar kelas tersebut dengan penuh dedikasi.
Salam yang diberi penulis dan jurugambar Amin Farij Hasan menghentikan proses pembelajaran mereka pada hari itu namun kehadiran kami disambut baik.
Suasana dalam kelas tersebut itu tampak berbeza daripada kelas-kelas di sekolah lain. Unik dan kami kagum menyaksikan kemesraan pelajar-pelajar yang menghadapi masalah penglihatan bersama-sama pelajar-pelajar normal.
Itulah pendekatan yang digunakan di sekolah yang telah berusia 107 tahun itu iaitu pelajar-pelajar masalah penglihatan diletakkan di bawah program integrasi untuk memberi peluang kepada mereka merasai suasana belajar seperti pelajar lain.
Penyelia tingkatan enam sekolah itu, Mohd. Latun Nordin memberitahu, pembelajaran melibatkan pelajar yang mempunyai masalah penglihatan dan pelajar normal tidak bezanya dengan cara mengajar di kelas pelajar-pelajar normal.
“Bagi membolehkan pelajar-pelajar masalah penglihatan memahami sesi pembelajaran, kami akan memberitahu guru khas tentang topik yang akan diajar.
“Kemudian, guru khas akan menyediakan bahan-bahan yang diperlukan dan ketika di dalam kelas mereka telah bersedia dan tidak akan ketinggalan,” katanya yang telah 11 tahun berkhidmat di SMK St. John.
Bagi memastikan pelajar-pelajar masalah penglihatan tidak berasa asing, setiap mereka dipasangkan dengan seorang pelajar normal bagi membantu memudahkan urusan pembelajaran mereka.
Ujar Mohd. Latun lagi, setakat ini kesemua pelajar tersebut tidak berdepan masalah besar walaupun layanan yang diberikan sama rata seperti pelajar normal lain.
Lebih mengagumkan, denda dan hukuman terhadap pelajar-pelajar masalah penglihatan yang tidak menyiapkan tugasan adalah serupa seperti pelajar lain.
Penyelaras Program Pendidikan Khas Integrasi (Penglihatan) sekolah itu, Buyah Anuar, 53, menjelaskan tujuan program integrasi itu dijalankan adalah bagi melatih pelajar masalah penglihatan berdepan dengan dunia realiti.
Menurut Buyah, majoriti pelajar masalah penglihatan yang masuk ke tingkatan enam sekolah itu datang daripada sekolah-sekolah pendidikan khas.
Medan dunia realiti


MESRA. Hubungan antara pelajar-pelajar yang normal dan kurang bernasib baik di SMK St. John bagaikan aur dengan tebing.



Suasana baru yang ditempuh pelajar-pelajar tersebut nyata berbeza berbanding sekolah terdahulu kerana mereka perlu membiasakan diri dengan kelompok sosial baharu.
“Di sini, mereka perlu menyediakan nota sendiri dan kami hanya membimbing sekadar yang perlu.
“Selepas tingkatan enam, kebanyakan mereka akan masuk ke universiti, jadi mereka perlu menyiapkan diri sebaik-baiknya sebelum melangkah ke dunia sebenar.
“Di luar sana mereka perlu berdikari dan tiada siapa yang akan membimbing mereka.
“Pendekatan yang kami gunakan di sekolah ini diharap dapat memberikan mereka gambaran kehidupan sebenar yang penuh dengan dugaan,” kata Buyah yang menjadi guru pendidikan khas sejak tahun 1991 lagi.
Selain membiasakan golongan yang kurang bernasib baik itu untuk bergaul dengan masyarakat, mereka juga dilatih untuk pulang dari sekolah menaiki pengangkutan awam sendiri.
Norhafidza Azlin, 31, bekas pelajar program integrasi sekolah itu yang kini bertugas sebagai salah seorang tenaga pengajar pelajar-pelajar program tersebut mendedahkan tugas seorang guru pendidikan khas turut melibatkan pengajaran mobiliti.
Sesi khas tersebut kebiasaannya dilakukan pada hari Jumaat. Pelajar-pelajar akan diajar menggunakan tongkat tanpa bantuan orang lain menuju ke stesen bas ataupun stesen transit aliran ringan (LRT).
Menerusi pembelajaran tersebut, mereka akan diberitahu tentang penggunaan lampu isyarat dan mengenal pasti beberapa tanda pandu di beberapa kawasan.
Budaya memupuk pelajar masalah penglihatan hidup berdikari sememangnya disokong oleh pelajar-pelajar itu sendiri yang merasakan satu pengalaman baharu yang tidak pernah diterapkan kepada mereka suatu ketika dahulu.
Kerdil pelajar buta
Seorang pelajar program tersebut, Mohd. Shahrir Ramli, 21, yang kini menuntut dalam tingkatan enam atas mengimbau detik awal melangkah ke dalam kelas yang dianggap istimewa baginya.
“Saya sudah biasa belajar bersama pelajar-pelajar seperti saya dan apabila perlu bergaul dengan pelajar normal, ia agak sukar.


ROBIAH mengajar pelajar-pelajar istimewa dengan penuh dedikasi.



“Perkara paling mencabar adalah menggunakan mesin braille di dalam kelas kerana seperti yang diketahui bunyi mesin tersebut agak bising dan saya bimbang akan mengganggu pembelajaran pelajar-pelajar lain.
“Hari-hari pertama dalam kelas akan saya ingat sampai bila-bila kerana saya terdengar keluhan beberapa pelajar lain terhadap bunyi mesin braille saya,” luah Shahrir yang menduduki tempat pertama dalam peperiksaannya baru-baru ini.
Perasaan hormat terhadap pelajar lain juga pernah mendorong Shahrir memegang kekunci mesin braille miliknya semata-mata tidak mahu mesin tersebut mengeluarkan bunyi bising.
Perasaan serba salah yang hadir dalam diri Shahrir itu turut dirasai pelajar baharu program tersebut, Siti Najiha Abdul Rahman, 19, yang kini menuntut sebagai pelajar tingkatan enam bawah sejak Mei lalu.
Pengalaman yang ditempuh pelajar dari Jasin, Melaka itu pada mulanya sukar untuk ditelan memandangkan rasa khuatir terhadap gangguan bunyi mesin braille akan membuatkan pelajar lain berasa kurang selesa untuk belajar.
“Pernah satu hari pelajar-pelajar pendidikan khas ditegur kerana tidak menaip nota yang dibacakan oleh cikgu di dalam kelas.
“Selepas beberapa ketika baharu kami semua yakin untuk mengggunakan mesin braille malah pelajar-pelajar lain juga tidak rasa terbeban dengan kehadiran kami,” kata Siti Najiha.
Selain itu, pelajar-pelajar masalah penglihatan itu juga pernah berasa dipinggirkan kerana guru-guru membaca nota terlalu laju hingga membuatkan nota mereka tidak lengkap.
Bagaimanapun, kini mereka sedar tujuan guru-guru tersebut berbuat demikian adalah mahu melatih mereka untuk fokus dengan pengajaran. Hari ini tahap penulisan mereka menerusi mesin braille juga menjadi amat pantas.
Tidak keterlaluan jika dikatakan prinsip yang dipegang oleh pelajar-pelajar yang menghadapi masalah penglihatan itu membina keharmonian luar biasa dalam kalangan mereka.
Bagi mereka, menyelami ke dunia pelajar-pelajar normal adalah cara terbaik untuk mewujudkan kemesraan kerana tidak mudah membuatkan pelajar lain untuk mengerti dunia mereka.
Keterbukaan pelajar normal
Ibarat kata pepatah, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing begitulah amalan pelajar-pelajar normal sekolah itu yang tidak berbelah-bahagi membimbing rakan-rakan mereka yang kurang bernasib baik.


INILAH guru-guru yang terlibat dalam program pendidikan khas integrasi. Duduk dari kiri: Adzim, dan Rosmin. Berdiri dari kiri: Azliza, Norhafidza, Robiah dan Buyah.



Selaku ahli kepada kelab pembimbing pelajar-pelajar masalah penglihatan serta rakan sekelas mereka, Abd. Rahman Hairuddin, 18, turut berkongsi pengalaman saat pertama kali duduk sebumbung dengan pelajar-pelajar masalah penglihatan.
Paling ketara adalah penerimaan penggunaan mesin braille yang dirasakan agak bising dan mengganggu kosentrasinya terhadap pelajaran.
“Namun lama-kelamaan, bunyi mesin braille tersebut sudah dirasakan seperti muzik di dalam kelas malah kami semua akan berasa sunyi dan pelik jika tiada bunyi mesin braille mereka,” kata pelajar tingkatan enam bawah sastera dua itu.
Seorang lagi pelajar, Nicol Paul Miranda, 17, menyifatkan keputusan cemerlang yang diraih pelajar-pelajar masalah penglihatan adalah berkat usaha yang mereka lakukan.
Jelas Nicol, pelajar yang mempunyai masalah penglihatan juga tidak malu bertanya kepada kawan-kawan lain serta memiliki semangat tinggi untuk belajar.
Rupasree Ganesan, 18, pula merasakan pergaulan dalam kalangan pelajar masalah penglihatan lebih menyeronokkan kerana mereka tidak banyak kerenah dan lebih jujur dalam persahabatan.
“Kami semua sudah seperti satu keluarga dan kami tidak berasa kehadiran mereka di dalam kelas satu perkara menyusahkan.
“Inilah pengalaman yang tidak akan dapat di tempat lain kerana suasana yang kami ciptakan amat istimewa,” ujarnya.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


KEPUTUSAN CEMERLANG PELAJAR
 OKU PENGLIHATAN STPM 2010
PERINGKAT KEBANGSAAN












NAMA–NAMA PELAJAR MASALAH PENGLIHATAN PROGRAM INTEGRASI SMK. ST JOHN, KUALA LUMPUR 1966 - 2010

1966
1. Abu Bakar Hasmuni
2. M. Thavasothy
1967

1. George G. Pereira
2. Rasiah Manickam
3. Abu Bakar Hasmuni
4. M. Thavasothy
1968
1. Abu Bakar Hasmuni
2. M. Thavasothy
3. Rasiah Manickam
4. Along Chik
5. Michael Lim Hong
1969
1. Martha Ho
2. Ismail Salleh
3. George G. Pereira
4. M. Thavasothy
5. Idris Jamaludin
6. Along Chik
7. Musa Sabri
1970
1. T. V Madhavan
2. Musa Sabri
3. Along Chik
4. M. Thavasothy
5. Godfrey Ooi
6. Nicholoas lam Yew Khay
7. Martha Ho
1971
1. Along Chik
2. Zainudin M. Talha
3. Musa Sabri
4. M. Thavasothy
5. Ng Lai
6. Samuel Khor Ba
7. Nicholas Lam Yew Khay
1972
1. A. Hamid A. Rahman
2. Sek Kim Hin
3. Along Chik
4. Zainudin M. Talha
5. M. Thavasothy
6. Samuel Khor Ba
7. Nicholas Lam Yew Khay
1973
1. Raman S.O Nagappan
2. Hamid A. Rahman
3. Sek Kim Him
4. Along Chik
5. Zainudin M. Talha
6. Lim Wah Heng
1974       
1. Francis Selvam
2. Raman S/o Nagappan
3. Ahmad Tarmidi Buyong
4. Hng Tek Hing
5. Mustapha Dahaman
6. Mohd Yasin B. O. K Sheik A Kadir
7. Muhd Bukhari Zakaria
8. Zanah Ismail
9. A. Hamid A. Rahman
10. Mustaffar Talib
11. Sek Kim Him
12. Zainudin M. Talha
13. Lim Wah Hing
1975
1. Francis Selvam
2. Ahmad Tarmizi Buyong
3. Hng Tek Hing
4. Mohd Yasin
5. Muhd Bukhari
6. Mustapha Dahaman
7. Raman S/O Nagappan
8. Zanah Ismail
9. A. Hamid
10. Mustaffar Talib
11. Sek .Kim Him
12. Beh Sai Kim
13. Chok Siew Lee
14. Zainudin M. Talha
1976
1. Ishak Saad
2. Lee Thamn Meng
3. Lee Kat Min
4. Lok Kong ken
5. Francis Selvam
6. Ahmad Tarmizi Buyong
7. Hok Tek Hing
8. Muhd Bukhari
9. Raman S/o Nagappan
10. Zanah Ismail
11. Mohd Yasin
12. A. hamid
13. Mustaffar Talib
14. Sek Kim Hin
15. Dusim Oh a/k Siong
16. Ismail Omar
17. Lim Sian Kiaw
18. Timothy Mok Kam Yin
19. Najion Jamil
20. Beh Sai Kim
1977
1. Lee Kat Min
2. Lee Than Meng
3. Loh Kong ken
4. Francis Selvam
5. Ahmad Tarmizi
6. Zanah Ismail
7. Hing Tek Hing
8. Muhd Bukhari
9. Raman S/o Nagappan
10. Mohd Yasin
11. A. Hamid
12. Dusim Oh
13. Mok Kam Yin
14. Ismail Omar
15. Lim Sian Kiaw
16. Najion Jamil
17. Mary Ringegon Catherine
1978
1. Louis Prem Kumar
2. Lee Kat Min
3. Lee Tan Meng
4. Loh Kong Ken
5. Hamizan Ujang
6. Mat Idris Saman
7. Mah Hassan Omar
8. Suparmanam S/o Mayandi
9. Thangaveloo s/o Varantan
10. Ahmad Tarmizi Buyong
11. Zanah Ismail
12. Hng Tek Hing
13. Muhd Bukhari
14. Raman s/o Nagappan
15. A. Hamid
16. Mery Ringegon Catherine
1979
1. Hamizan Ujang
2. Mat Idris
3. Mah Hassan
4. Suparamanan
5. Hamizan
6. Yeow Den Sew
7. Rosli Ahmad
8. Raja Azmil
9. Muhd Bukhari
1981
1. Chin Kok Fay
2. Loh Chang Lin
3. Zakaria Yahya
4. Kamarudin Yusof
5. Rozi Sharif
6. Lim Kian Peng
7. Mokhtar Chek Ali
8. Maznan Mohd Zain
9. Mohd Nazari Othman
10. Chin Wing Kun
11. Ooi Hock Tiam
12. Chin Swee Ming
13. Tan Chai Chin
14. W. Zaitun W. Muhammad
15. A. Rahim Yusof
16. Lee Than Meng
17. Inung Kiran
18. Siti Jineh
19. Mohd Zainuri Othman
20. Loh Kong ken
21. Yeow Dem Sem
22. Mah Hassan
23. Hamizan
24. Suparamanan
1982
1. Raja Zainudin Raja Ghazali
2. Mohd Jais Ismail
3. Yap Sin Chuan
4. Loh Cheng Lin
5. Chin Kok Fay
6. Kamarudin Yusuf
7. Zakaria Yahya
8. Lim Kian Peng
9. Mohd Nazari
10. Mohktar Chek Ali
11. Zahari Ghani
12. Chin Wing Kun
13. Ooi Hock Tiam
14. Maraban Tungkil
15. Chin Hon Min
16. Zailina Sahat
17. Saifuddin Mohd
18. Wong Yoon Kiong
19. Chin Swee Ming
20. Zainuri
21. Loh Kong Ken
22. Inung Kiran
23. Siti Juneh
24. A. Rahim
25. Tan Chai Chin
26. Lee Than Ming
27. W. Zainun
1983
1.Raja Zainudin
2.Muhammad Jais
3.Yap Sin Chuan
4.Kamarudin
5.Chin Kok Fay
6.Zakaria Yahya
7.Lim Kian Peng
8.Mokhtar
9.Azhar Wahab
10.Mohd Nazari
11.Sivayogam
12.Zahari
13.Ooi Hock Tiam
14.Chin Wing Kun
15.Norhamizan
16.Romainum
17.Tan Bung Kim
18.Beseri Amat
19.Anjang Ali
20.W. Fatimah Bin Wan Ahmad
21.Rahimah Mat Lazim
22.Jusmeh Basrin
23.Somin Sualin
24.Che Omar Ahmad
25.Chooi Yong Heng
26.Maraban Tungkil
27.Chin Hong Ming
28.Zailina Sahat
29.Chin Swee Ming
30.Wong Yoon Kiong
31.Saifuddin Mohd
1984
1.Raja Zainuddin
2.Md Jais Ismail
3.Loh Chang Lin
4.Yap Sin Chuan
5.Lim Kian Peng
6.Hasbullah Junus
7.Kamaruddin Yusuf
8.Germakh Singh s/o Sarjan Singh
9.Chin Kok Fay
10.Zakaria Yahya
11.Mokhtar Che Ali
12.Mohd Nazari Othman
13.Sivayogam s/o Sellakulty
14.Hing Heng Kee
15.Masan a/k Menoh
16.Rokiah Jusoh
17.Samsuddin Wahab
18.Chek Su Ibrahim
19.Dabak a/k Mennga
20.Rahmah Husin
21.Sandiragandi a/p M. Chakarai
22.Zahari Ghani
23.Anjang Ali
24.Che Omar Ahmad
25.Chooi Yong Heng
26.Jusmeh Basrin
27.Raimah Mat Lazin
28.Somin Shalin
29.Wan Fatimah Wan Ahmad
30.Ooi Hock Tiam
31.Romainum
32.Tan Boon Khim
1985
1.Yap Sin Chuan
2.Mohd Jais
3.Gumarkh Singh
4.Chin Kok Fay
5.Zakaria Yahya
6.Mohktar Che Ali
7.Mohammad Ismail
8.Muhd Zafri Alimin
9.Siti Baizura Md Noor
10.Norazman Sukarman
11.Hing Heng Kee
12.Masan a/k Menoh
13.Rokiah Jusoh
14.Samsudin Abd Wahab
15.Chek Su Ibrahim
16.Dabak a/k Mennga
17.Rahmah Hussin
18.Sandiragandhi a/p M. Chakarai
19.Zahari Ghani
1986
1.Chan Su Ling
2.Paul Yong Yew Fie
3.Mohd Azmi Ab Rahim
4.Yap Sin Chuan
5.Hishamudin Wahab
6.Jenang a/k Chali
7.Iskandar Abd Aziz
8.Gurmakh Singh a/l Surjan Singh
9.Mohd Jais Ismail
10.Sivayogam a/l Sellakutty
11.Chan Siew Piak
12.Mohd Nazari Othman
13.Chin Kok Fay
14.Zakaria Yahya
15.Choo Kim Yoon
16.Mohammad Ismail
17.Mohd Zafri Alimin Md Khairi
18.Nor Azman Sukarman
19.Siti Baizura Mohd Md Noor.
1987
1.Mohd Rosli Ibrahim
2.Mahadzir Manap
3.Sintharanthan a/l Ellapan
4.Chan Su Liang
5.Paul Yong Yew Fie
6.Mohd Azmi Ab Rahim
7.Iskandar Abd Aziz
8.Jenang ak Chali
9.Hishamudin Wahab
10.Yap Sin Chuan
11.Hamidi Mohammad
12.Mat Ariff Mohd Sairi
13.Sariayah Noordin
14.Nor Azman Sukarman
15.Mohd Jais Ismail
16.Nurul Aini Nageswari Abdullah
17.Lee Soon Choy @Muhammad Lee
18.Chan Siew Piak
19.Sivayogam a/l Sellakutty
20.Chin Kok Fay
21.Choo Kin Yoon
22.Zakaria Yahya
1988
1.Abd Rahman Osman
2.Ong Oii Chye
3.Tan Yu Jin
4.Mahadzir Manap
5.Sitharthan a/l Ellapan
6.Mohd Rosli Ibrahim
7.Chan Su Liang
8.Paul Yong Yew Fie
9.Mohd Azmi Abd Rahim
10.Zawawi Ahmad
11.Iskandar Abd Aziz
12.Hishamudin Wahab
13.Zainuddin Mat Ali
14.Paizun Mat Ajari
15.Norleza Abd Hamid
16.Hamidi Mohammed
17.Mat Arif Md Sairi
18.Nor Azman Sukiman
19.Sariyah Noordin
20.Lee Soon Chye @ Muhammad Lee
21.Md Jais Ismail
22.Nurul Aini Nageswari Abdullah
1989
1.Ng Eu Khoon
2.Mohd Ramzi Abu Bakar
3.Harun Salleh
4.Abd Rahman Othman
5.Ong Ooi Chye
6.Tan Yu Jin
7.Mahadzir Manap
8.Sintharthan a/l Ellapan
9.Mohd Rosli Ibrahim
10.Gip Soong Yew Joe
11.Paul Yong Yew Fie
12.Isaac Stephen a/l Anthonysamy
13.Mohd Azmi A. Rahim
14.Zawawi Ahmad
15.Ayler Lee
16.Iskandar Aziz
17.Wong Huey Siew
18.Ng Kwai Peng
19.Hishamuddin Wahab
20.Zainudin Mat Ali
21.Paizun Mat
22.Norleza Abd Hamid
1990
1.Ahmad Hussain Mohamad
2.Ng Eu Khoon
3.Mohd Ramzi Abu Bakar
4.Harun Salleh
5.Abd Rahman Othman
6.Ong Ooi Chye
7.Tan Yu Jin
8.Mahadzir Manap
9.Sintharthathan a/l Ellapan
10.Mohd Rosli Ibrahim
11.Nor Azam Mat Noor
12.Gip Soong Yew Joe
13.Paul Yong Yew Fie
14.Isaac Stpehern a/l Anthonysamy
15.Sumitha a/p Ramasamy
16.Md Rosmadi Ibrahim
17.Md Azmi Abd Rahim
18.Wong Huey Siew
19.Ng Kwai Peng
1991
1.James Yong Kit Fie
2.Ahmad Hussain Mohamad
3.Ng Eu Khoon
4.Phua Siong Hui
5.Tan Yu Jin
6.Ong Ooi Chye
7.Nor Azam Mat Nor
8.Tan Pok Sing
9.Mahadzir Manap
10.Sintharththan a/l Ellapan
11.Gip Soong Yew Joe
12.Tan Boon Kiat
13.Chong Soo Lee
14.Angneyo Kisung
15.Md Rosmadi Ibrahim
16.Sumitha a/p Ramasamy
17.Md Azmi A. Rahim
1992
1.Tan Boon Guan
2.Khairul Ilmi Mohd Yusof
3.Anuar Resan Mohammad
4.Mahandran a/l Mahalingam
5.Mohd Nezam Yusof
6.James Yong Kit Fie
7.Mohd Nazri Ali
8.Md Adli Aswad Yusoff
9.Ahmad Hussain Mohammad
10.Pua Siong Hui
11.Tan Yu Jin
12.Ong Ooi Chye
13.Mahadzir Manap
14.Md Rosli Ibrahim
15.Rosnizam Ramli
16.Md Nor Don
17.Siththarthan a/l Ellapan
18.Gip Soong Yew Joe
19.Tan Boon Keat
20.Chong Soo Lee
21.Angneyo Bin Kisung
1993
1.Tan Boon Guan
2.Mahendran a/l Mahalingam
3.James Yong Kit Fie
4.Mohd Nazri Md Ali
5.Md Adli Aswad Yusoff
6.Tan Tiong Hian
7.Ahmad Hussain Mohammad
8.Pua Siong Hui
9.Adjun Lanau
10.Laxme Preyalatha
11.Damit Anita Hj Judin
12.Zamzuri Ghani
13.Mahadzir Manap
14.Jasmadin Budin
15.Rosnizam Ramli
16.Md Nor Don
17.Siththarththan a/l Ellapan
1994
1.Tan Boon Guan
2.Mahendran a/l Mahalingam
3.James Yong Kit Fie
4.Md Nazri Md. Ali
5.Tan Tiong Hian
6.Mustaza Mohd Zin
7.Ahamd Hussain Mohammad
8.Joseph Mongijal
9.Rosmin Bin Dambah
10.Pua Siong Hui
11.Adjiun Lanua
12.Laxme Preyalatha
13.Damit Anita Judin
14.Zamzuri Ghani
15.Mahadzir Manap
16.Jasmadin Budin
1995
1.Tan Boon Guan
2.Mahendran a/l Mahalingam
3.Md Mustaza Md Zin
4.James Yong Kit Fie
5.Tan Tong Hian
6.Md Nazri Ali
7.Dayangku Rohani Pengeran Abdullah
8.Edina James
9.Francis Yabin
10.Choi Lai Seng
11.Md Farid Muslim
12.Zanariah Norwawi
13.Joseph Mongijal
14.Rosmin Dambah
15.Zalina Hassan
1996
1.Md Arif Md Taha
2.Md Sharil Abd Aziz
3.Ng Soon Beng
4.Mahendran a/l Mahalingam
5.Thai Siow Hui
6.Chan Sin Yee
7.Md .Mustaza Md. Zin
8.Mazlan Bulat
9.Dayangku Rohani Pg. Abdullah
10.Edina James
11.Francis Yabin
12.Choi Lai Seng
13.Md Farid Muslim
14.Zanariah Zawawi
1997
1.Md Arif Md Taha
2.Kharul Ilmi Md Yusof
3.Latipah Mat Salleh
4.Zaini Zainuddin
5.Rozilawati Hamdan
6.Manisah Mat Noor
7.Betsy Mongijal
8.Chan Sin Yee
9.Mazlan Bulat
10.Thai Siow Hui
11.Md. Mustaza Md Zin
12.Md Farid Musli
1998
1.Betsy Mongijal
2.Khairul Ilmi Md Yusof
3.Latipah Mat Salleh
4.Manisah Mat Noor
5.Rozilawati Hamdan
6.Zaini Jainudin
7.Lui Siow Ling
8.Norhafidza Azlin Md. Tahir
9.Siti Aishah Jamaludin
10.Pua Ming Hui
1999
1.Siti Asiah Jamaludin
2.Pua Ming Hui
3.Lui Siow Ling
4.Norhafidza Azlin Md Taha
5.Asmera Mamat
6.Azman Abd Sani
7.Dayangku Hijrah Mahani
8.Jarinah Awang Rungging
9.Khoo Chin Tiong
10.Ong Chew Hau
2000
1.Azman Abd Sani
2.Dayangku Hijrah Mahani Pinggiran Hj Abdullah
3.Jarinah Awang Rungging
4.Khoo Chee Tiong
5.Ong Chew Hau
6.Md Noor Md. Din
7.Prakash a/l Suriyamurthy
8.Rosni Saini
9.Ahmad Shamsuri Mohammad
10.Muhammad Slahuddin Hashim
11.Muhammad Nurul Azam Hassan
12.Saiful Hazim Harun
2001
1.Ahmad Shamsuri Muhammad
2.Md Noor Md. Din
3.Muhammad Salahudin Hashim
4.Md. Nurul Azzam Hasan
5.Prakash Suriyamurthy
6.Rosni Binti Saini
7.Saiful Hazim Harun
8.Hafizah Hashim
9.Mas Suni
10.Rabiatul Adawiyah Omar
11.Nasrul Hadi
12.Shahril Abd Aziz
2002
1.Siti Hafizah Hashim
2.Mas Suni Mat Husin
3.Rabiatul Adawiyah Omar
4.Nasrul Hadi
5.Md Shahril Aziz
6.Wan Md. Suhaimi Wan Zawahil
7.Ahamd Shafiri Jusoh
8.Xavier a/l Peter
9.Ku Siti Aishah Ku Mohktar
10.Nur Hayati Salleh
11.Wan Anis Suzilawati
12.Md Ariff Kamaruddin
13.Zarina Osman
14.Ku Siti Aishah
15.Wan Yii Feng
16.Wan Anis Suzilawati
17.Zarina Othman
18.Alia Imam Sufaat
2003
1.Alia Imam Sufaat
2.Ahmad Shafiri Jusoh
3.Xavier a/l Peter
4.Norhayati Salleh
5.Wan Anis Suzilawati
6.Md. Ariff Kamaruddin
7.Zarina Osman
8.Ku Siti Aishah
9 Wan Yii Feng
10.Yeoh Kok Soon
11.Lim Tien Hong
12.Iran Shah Rahmatullah
13.Syed Ezham
14.Khacanathevi
15.Siti Norlaila Zamzuri
16.Ruzaidi Hamdan
17.Mazurani Omar
2004
1.Wan Yii Feng
2.Yeoh Kok Soon
3.Lim Tien Hong
4.Iran Shah Rahmatullah
5.Syed Ezham
6.Khacanathevi
7.Siti Norlaila Zamzuri
8.Ruzaidi Hamdan
9.Mazurani Omar
10.Ahmad Arif Kamaruddin
11.Hazilah Binti Liman
12.Johari Bin Aman
13.Tan Lee Mei
14.Mohd Zamha Abdul Wahab
15.Azmar Izzaidah Binti Azhar
16.Gomathi a/p Supramaniam
17.Norhaidayu Bt Hairuddin
18.Norhasuwa Bt Md Khaier
2005
1.Ahmad Arif Kamaruddin
2.Hazilah Binti Liman
3.Johari Bin Aman
4.Tan Lee Mei
5.Mohd Zamha Abdul Wahab
6.Azmar Izzaidah Azhar
7.Gomathi a/p Supramaniam
8.Norhidayu Bt Hairuddin
9.Norhasuwa Bt Md Khaier
10.Siti Jammah Binti Saidin
11.Radiance Ong
12.Tan Jia An
13.Norashikin Mat Razak
14.Nor Syaida Ibrahim
15.Nur Alia Hj Md Azman
16.Nurul Jamiah Hasan
17.Siti Nur Jannah Zamzuri
18.Zaris Hasna Mohd Nazri
2006
1.Nurul Jamiah Hasan
2.Siti Nur Jannah Zamzuri
3.Zaris Hasna Mohd Nazri
4.Norashikin Mat Razak
5.Nor Syaida Ibrahim
6.Tan Jia An
7.Khairul Azmi Bin Mohd Saat
8.Mohd Faiz Bin Md Isa
9.Muhammad Firdaus Bin Hairi
10.Norazurah Bt Aziz
11.Noor Izati Bt Meor Samsudin
12.Nurbaiti Bt Muhammad Fairuz
13.Nurul Atikah Bt Dalil
14.Siti Fatimah Bt Mohamed
15.Umashangri A/P Selvamani
2007
1.Khairul Azmi Bin Mohd Saat
2.Mohd Faiz Bin Md Isa
3.Muhammad Firdaus Bin Hairi
4.Norazurah Bt Aziz
5.Noor Izati Bt Meor Samsudin
6.Nurbaiti Bt Muhammad Fairuz
7.Nurul Atikah Bt Dali
8.Siti Fatimah Bt Mohamed
9.Umashangari A/P Selvamani
10.Shah Aizat Bin Shahril
11.Anis Amira Bt Mohamad Alias
12.Ho Hann Yeong
13.Liew Yee Yun
14.Nor Adila Bt Che Ibrahim
15.Siti Hajar Bt Hasan
16.Syamil Asha Bin Nasarudin
17.Wan Mohd Fadhil
18.Mohammad Azhar
19.Te Tu Tatt
20.Siti Norhidayah Bt Abd Halim
2008
1.Anis Amira Bt Mohamad Alias
2.Ho Hann Yeong
3.Liew Yee Yun
4.Nor Adila Bt Che Ibrahim
5.Siti Hajar Bt Hasan
6.Syamil Asha Bin Nasarudin
7.Wan Mohd Fadhil
8.Mohammad Azhar
9.Te Tu Tatt
10.Siti Norhidayah Bt Abd Halim
11.Noorhidayah Bt Ibrahim
12.Nur Aishah Bt Aziz
13.Nurul Aniza Binti Che Ibrahim
14.Nur Hafizah Binti Ismail
15.Nurul Zakiah Binti Abd Rahman
16.Nur Faizura Bt Mohd Lazin
17.Nur Faten Natrah Binti Mohd Mustapha Kamal
18.Tuan Muhammad Mustaqim Bin Tuan Cob
19.Nur Nabielah Binti Azhar
2009
1.Noorhidayah Bt Ibrahim
2.Nur Aishah Bt Aziz
3.Nurul Aniza Binti Che Ibrahim
4.Nur Hafizah Binti Ismail
5.Nurul Zakiah Binti Abd Rahman
6.Nur Faizura Bt Mohd Lazin
7.Nur Faten Natrah Binti Mohd Mustapha Kamal
8.Tuan Muhammad Mustaqim Bin Tuan Cob
9.Nur Nabielah Binti Azhar
10.Amirah Fatinah Binti Rozaidi
11.Nurfarahin Binti Norzaini
12.Mohd Rifaat Bin Hussin
13.Malarvilli a/p Rajandran
14.Loke Wai Kit
15.Nawal Binti Khairul Anwar
16.Siti Zaleha Binti Ali
17.Norain Fatihah Binti Mohammed Yusoff

2010
1.Amirah Fatinah Binti Rozaidi
2.Nurfarahin Binti Norzaini
3.Mohd Rifaat Bin Hussin
4.Malarvilli a/p Rajandran
5.Loke Wai Kit
6.Nawal Binti Khairul Anwar
7.Siti Zaleha Binti Ali
8.Norain Fatihah Binti Mohammed Yusoff
9.Afzan Ameera
10.Norwahyunie
11.Faridah Fadhial
12.Yusnita
13.Siti Azriha
14.NorHazimah
15.Sharini
16.Shahir
17.Raimal Azizie
18.Muhd Hathif




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...