Sunday, February 27, 2011

Mengembalikan Warga Johannian Sebagai Pelajar All-Rounder

Oleh: Johannian Markus Lim

Ketika saya menjejakkan kaki ke St.John's Institution pada Disember 1993 sebagai pelajar baru, saya masih teringat akan pesanan Tuan Pengetua Sekolah ketika itu, Brother Michael Wong yang masih melekat dalam minda saya hingga ke hari ini.

Saban kali semasa berlangsungnya perhimpunan pagi, Brother Michael selalu membangkitkan mengenai isu pemberian pendidikan menyeluruh atau all-round education. Bagi saya, pesanan itu amat bertepatan pada masanya. Setiap daripada kita datang ke sekolah untuk menimba ilmu, menyerap apa yang diajar oleh guru untuk digunapakai dalam kehidupan di luar sana.

Kehidupan di luar sana tidaklah seindah yang dikhabarkan malah ia penuh dengan pelbagai onak dan duri sesuatu yang tidak mungkin anda pelajari di dalam bilik darjah. Sebaliknya, ia menuntut surviving skill yang tinggi daripada seseorang pelajar.

Semenjak 'persaraan' Brother Michael Wong daripada teraju kepimpinan sekolah pada 2002, saya melihat penekanan oleh tuan-tuan pengetua sekolah selepas itu lebih menjurus kepada aspek pendidikan yakni kecemerlangan dalam bidang akademik. Saban ketikanya, pelajar-pelajar disaran untuk lebih tekun belajar dan menelaah buku. Malah pada satu hari ketika saya menghadiri temasya sukan sekolah, saya terdengar akan saranan yang serupa daripada Tuan Pengetua ketika itu.

Bagi saya, kesungguhan pihak sekolah untuk menekankan kecemerlangan akademik wajar dipuji. Jelas, ia membuktikan iltizam serta komitmen para guru sekolah untuk memacu SJI kembali kepada kedudukan yang sepatutnya seperti yang pernah dikecapi dalam era-era 70-an dan 80-an.
Saya tidak menafikan bahawa aspek kecemerlangan akademik adalah penanda aras yang cukup penting dalam menilai kehebatan sesebuah sekolah.

Namun begitu, ada kalanya penekanan yang keterlaluan kepada kecemerlangan akademik tanpa mengimbangi kepada aspek kokurikulum boleh mengundang kesan yang sebaliknya. Saya percaya kekuatan SJI bukan sahaja terletak pada aspek akademik semata-mata tetapi juga kepada aspek sukan.

Masih ingatkah kita dengan kehebatan pasukan hoki sekolah semasa bimbingan Encik Vincent Fernandez dahulu? Di bawah bimbingan beliau, pasukan hoki sekolah merupakan sebuah pasukan yang cukup digeruni di persada hoki tanah air. Di bawah bimbingan beliau, lahir beberapa bakat-bakat terpendam yang akhirnya mewarnai sukan hoki negara. Kejuaraan demi kejuaraan yang dimenangi oleh pasukan hoki sekolah menjadikan skuad hoki sekolah dicemburui malah digeruni pihak lain. Malah tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa pesaing mereka, Victoria Institution dan Anderson High School pun menabik hormat kepada skuad ini!

Bagaimanapun, sustainability menjadi masalah terbesar dalam konteks ini. Ke manakah hilangnya semangat tersebut? SJI pernah menjadi 'kilang' melahirkan bakat-bakat baru dalam pelbagai bidang tetapi mengapakah era itu seolah-olah sudah sepi? Apakah benar bahawa akademik itu lebih penting daripada sukan? Ataupun sebaliknya?

Jujur kata, saya adalah produk daripada all-rounder education seperti yang diterapkan oleh Brother Michael Wong. Saya seorang pelajar yang dikira sederhana dari segi pencapaian akademik tetapi di masa yang sama saya juga mampu bersukan, menjadi seorang penulis dan penganalisis yang kritikal.

Terdapat banyak kelebihan yang diperolehi daripada pendekatan ini yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menganjurkan kepada pendidikan secara keseluruhan. Adalah menjadi harapan semua agar pelajar-pelajar yang kita akan asah sekarang tidak menjadi jenis yang 'nerdy' yang hanya tahu belajar di sekolah dan tidak mengambil tahu terhadap perkara-perkara lain yang lebih penting.

Johannian yang kita mahu lahirkan sekarang adalah seorang yang bukan sahaja mampu menelaah buku dan dapat 5A dalam STPM tetapi juga seorang insan yang mempunyai surviving skills, IQ dan EQ yang baik.

Inilah yang saya katakan seorang Johannian yang lengkap!


FIDE ET LABORE,
Markus Lim

3 comments:

  1. Missing the spirit team that lead by the la salle brothers
    The founder of hockey team lead by Mr. Vincent Fernandez brother of david fernandez
    The founder of our cadet band team that lead by late Mr. Leonard Wong
    and also the golden memory that i have spend in SJI for 5 yrs is still alive in my heart.
    the teachers like Puan Kang, Puan Jaya, Mr. David, Puan Ruby, Puan Norra and so on

    ReplyDelete
  2. soorenderan @ Charles s/o Sabastian

    ReplyDelete
  3. I truly believe in what you say ... I don't see that that spirit lives in Johannian's today, from my observation throughout my school days those student that were active in sport's and other curricular activity is solely a recipe of the successful Johannian's today. If we could see today that those student's has become successful leaders and entrepreneur's which was once created as an all rounder student. With an average excellency in academic and equally outstanding in other school activity. They are very much likely easy to adapt to the society and have the surviving skills nurture with the Johannian spirit to success and glory. This has uplifted them in becoming successful people in what ever they do.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...