Wednesday, December 9, 2015

KEPUTUSAN PT3 ISNIN INI - 14/12/2015?



Saya pasti perwira-perwira St. John yang menduduki PT3 beberapa bulan lalu sedang berdebar-debar menanti keputusan peperiksaan masing-masing. Ya lah, kata orang keputusan akan keluar pada minggu ketiga Disember, dan kita sedang di pertengahan minggu kedua. 

Sumber-sumber saya mangatakan bahawa keputusan akan dikeluarkan pada hari Isnin, 14 Disember 2015. Setakat ni, masih belum ada apa-apa pengumuman dalam media massa. Jadi, marilah kita sama-sama menantikan pengumuman rasmi keputusan PT3.

Kepada para Johannian yang bakal menerima keputusan PT3 mereka, bagi pihak keluarga Johannian, saya mendoakan agar anda semua memperoleh keputusan yang cemerlang dalam pentaksiran PT3 anda. Jika kurang berjaya, tidak mengapa. Masih ada peluang untuk membaiki prestasi akademik anda di Tingkatan Empat.

Yang paling penting, kami harap anda akan kekal bersama kami di St. John. Jika anda telah atau bakal berpindah sekolah, kami mengucapkan selamat maju jaya di sekolah baharu. Adalah harapan kami agar anda tidak melupakan detik-detik anda di St. John dan mempamerkan contoh terbaik seperti seorang Johannian sejati. 

WARGA JOHANNIAN MENANTIKAN BERITA GEMBIRA DARIPADA ANDA,CALON-CALON PT3 2015!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...